Tiba-tiba terdengar satu lagu yang sayu dan menginsafkan ni kat ikim.. Terasa sgt bermakna buat diri ini di saat ini..di bulan ini...
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu
Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara
Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan
Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku
Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan
Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba
Kehidupan itu realiti..
This song has made me cry..beautiful lyric..beautiful music...
Ya Allah..please make me strong...
I Believe Lyrics
featuring Maher Zain
IRFAN MAKKI
When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?
MAHER ZAIN
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day
Chorus
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace
Chorus
I believe I believe, I believe I believe
Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain
Labels: music
Opick - Tiada Duka Yang Abadi
Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini
powered by lirik lagu indonesia
Entah kenapa, tiba-tiba hari ini hati saya berasa sangat haru. Saya tiba-tiba terkenangkan wajah seorang pahlawan yang bertakhta di hati saya sejak saya dilahirkan sampai sekarang..
Ya..saya terkenangkan Abah di rumah. Yang sentiasa sibuk dengan tugas sebagai guru, imam muda di kampung dan sentiasa menjadi tempat orang-orang kampung mengadu, yang fikiran dan akalnya sentiasa hidup memikirkan idea-idea baru. Sungguh, daripada saya kecil, saya sangat kagum & pelik dengan Abah. Ada juga orang macam abah kat dunia ni. Saya tak mampu nak menggambarkan dengan tulisan, betapa saya amat kagum dengan Abah, kerana saya kurang mahir dengan kata-kata. Sudah lama saya berasa terpangil untuk menulis pasal Abah. Lama.. Tapi, semuanya saya pendam dalam hati. Setiap kali saya teringatkan Abah, air mata saya pasti mengalir..mengapa? kerana ada kenangan di sebalik celahan hidup saya bersama Abah, yang tak dirasai oleh adik-beradik yang lain.
Abd Aziz Sulaiman, itulah nama Abah. Umur Abah 51 tahun. Saya yakin, 51 tahun yang penuh pengalaman dan pengajaran buat Abah. Abah seorang yang tegas dengan anak-anak dan pelajar-pelajarnya di sekolah. Sehingga seorang sahabat saya yang belajar di sekolah tempat abah mengajar pernah mengadu kat saya,”Fatimah, ayah awak garang.. Kalau hampir terserempak di sekolah, saya akan pusing guna jalan lain supaya tak jumpa cikgu Aziz” Saya hanya tersenyum dan tergelak mendengar ngomelan sahabat saya. Abah guru disiplin di sekolah, memang agak digeruni para pelajarnya.. Abah cakap kat Ummi, “kalau kita jaga anak orang, Allah jaga anak kita..”
Di rumah, Abah agak pendiam. Abah jarang memulakan bicara. Tapi bila abah mengeluarkan suara, semua penuh hikmah. Dan kami semua akur dengan ketegasan Abah. Kadang-kadang Abah buat lawak dan kami semua terhibur. Di rumah, memang saya jarang bercakap-cakap dengan Abah melainkan kalau ada perkara penting. Saya lebih selesa berbual, mengadu, dan bergurau dengan Ummi. Saya tak berani nak minta wang dari Abah untuk yuran tuiyen, tambang bas dan sebagainya. Semua saya mintak melalui ummi. Ummi yang akan sampaikan kat Abah. Begitulah watak Abah. Kadang-kadang, saya berasa sangat cemburu dengan kawan-kawan yang boleh bergurau senda dengan ayah mereka, yang boleh bercakap telefon seperti seorang kawan dengan ayah mereka. Mungkin masih kurang usaha daripada pihak saya. Manusia selalu ingin menerima tetapi culas untuk memberi..
Saya masih belum memulakan isi sebenar cerita saya. Kenangan indah bersama Abah, disebalik ketegasannya.. Mungkin cerita saya agak biasa bagi sesetengah orang. Tapi kenangan-kenangan ini amat bermakna bagi saya yang mempunyai seorang ayah yang agak tegas, dan tidak banyak bicaranya bersama anak-anak.
Peristiwa pertama
1989, saya baru berumur 2 tahun, tapi peristiwa penting yang berlaku pada saat itu tak pernah saya lupakan. Saya tak pernah jemu bercerita berulang-ulang kali. Peristiwa berlaku di Miri, Sarawak, di belakang rumah sewa kami sewaktu saya, Abah dan adikku masyitah tengah bermain buaian. Buaian buatan sendiri Abah, diikat dengan tali pada sebatang pokok mangga dan sebatang besi paip yang agak besar. Abah kata, buaian ni untuk saya dan adik naik sahaja. Orang dewasa tak boleh naik sebab tak kukuh. Setiap hari saya akan bermain buaian tu. Suatu petang, saya mengajak Abah untuk naik buaian bersama saya. Saya dan adik duduk di atas ribaan Abah di atas buaian...Tiba-tiba....prrraaakkk..buaian yang kami hayun roboh. Kami bertiga terjatuh di atas tanah. Rupa-rupanya, besi paip yang digunakan Abah untuk menggantung buaian patah..dan hujungnya yang tajam telah menimpa muka saya dan hampir menikam dada saya. Bahagian atas bibir sebelah kanan saya terkoyak dengan teruk. Semua lapisan putus. Bahagia luar dan dalam. Darah memancut dan membasahi baju saya. Sungguh jelas teragedi itu dalam memori saya. Dan yang paling saya ingat, Abah terus menangis bila melihat keadaan saya. Tangisan yang sangat kuat. Rasa bersalah membelenggu. Abah tak mampu memandu kerete untuk membawa saya ke hospital. Dengan bantuan jiran, saya dibawa ke hospital dengan kereta abah. Dalam kereta, saya sudah berhenti menangis tapi Abah masih tak mampu meredakan tangisannya walaupun telah dipujuk berulang kali oleh jiran saya. Tangisan Abah yang sangat kuat yang mengharukan sesiapa yang mendengarnya. Sampai sekarang, saya akan menangis apabila apabila teringatkan peristiwa ini. Hingga saat saya menulis sekarang, air mata saya tak dapat saya bendung. Bila saya terkenangkan peristiwa ni, saya sedar yang Abah sangat sayangkan saya walaupun sekarang Abah jarang mempamerkan kasih-sayang kepada kami adik-beradik. Saya tahu Abah sangat sayangkan saya dan saya akan menangis, menangis dan menangis bila peristiwa ni muncul dalam ingatan saya...Alhamdulilillah, luka saya dijahit rapi walaupun kesan parutnya masih ada sampai sekarang.. Andai waktu tu, saya dah pandai dan petah berbicara, saya nak sangat beritahu Abah yang semua ini bukan salah Abah...Abah tak salah.... Semua taqdir Allah yang mempunyai seribu hikmah.. Saya tak pernah berasa kesal dengan kesan parut di muka saya sekarang. Mungkin dengan parut ini membuatkan saya jadi kurang cantik, tapi bukti kasih sayang Abah yang saya dapat rasa lebih berharga dan bernilai buat saya..
Peristiwa Kedua 1993
Semasa kecil, saya terkenal dengan watak yang agak nakal dan hyperactive. Ummi cakap, agak mencabar untuk menjaga saya. Kali kedua, saya mendapat kecederaan di hujung mata kerana terjatuh semasa berlari-lari dan memerima beberapa jahitan kecil, dan beberapa lagi kejadian yang hampir mencederakan diri saya.
Peristiwa kedua yang agak signifikan dalam hidup saya ini berlaku di kampung tempat saya tinggal sekarang pada tahun 1993, sewaktu saya 6 tahun. Saya dilanggar motor yang agak besar sewaktu bermain dengan kawan-kawan. Bahagian kepala sebelah mata kiri saya cedera. Darah mengalir membasahi baju dan saya terlantar di bahu jalan.sedar. Seorang penungang motor di belakang yang menyaksikan kejadian memberhentikan motornya, dan mendukung saya. Dia meminta saya menunjukkan rumah termpat saya tinggal. Sampai di depan tangga rumah, dia memanggil-manggil keluarga saya dengan kuat. Abah org pertama yang keluar. Saya masih ingat masa tu, sebaik sahaja melihat keadaan saya yang berlumuran darah, Abah terus menangis sambil berkata ,”Ya Allah...anak aku..”. Saya masih ingat , tangisan Abah masa tu dan setiap kali terkenangkannya, air mata saya pasti mengalir.. Abah dengan cemas membawaku ke hospital. Aku masih ingat betapa cemasnya abah sewaktu mendukung saya untuk dibawa ke dalam hospital. Alhamdulillah, aku menerima beberapa jahitan sahaja dan lukanya tidaklah teruk walaupun parutnya masih ada sampai sekarang..“Abah, saya mintak maaf sebab selalu buat Abah susah hati dan sedih kerana saya”.
Peristiwa Ketiga
Saya bakal menduduki UPSR pada hari itu. Ummi kejutkan saya sebelum subuh untuk bertahajjud. Saya bertahajjud dengan Abah. Tapi, kami solat berasingan. Selesai solat, Abah mengangkat tangan berdoa sambil menangis. Saya masih ingat kandungan doa tu..” Ya Allah, Engkau berikanlah kejayaan kepada anakku Fatimah dalam peperiksaan UPSR kali ini..” Hati saya sangat terharu waktu itu, dan air mata saya menitik sambil mengaminkan doa Abah.. Ianya sesuatu yang tak pernah aku lihat dan dengar..Abah berdoa untuk saya sambil menangis. Sesuatu yang tak pernah luput dari ingatan saya kerana, itulah kali pertama dan terakhir saya melihatnya berdoa utk saya sambil menangis..
Peristiwa Keempat dan Kelima
Saya mula memasuki alam remaja yang penuh mencabar. Mencabar buat kedua orang tua dan mencabar untuk diri sendiri. Saya terkenal dengan jiwa yang agak suka memberontak sewaktu remaja. Kerap kali “berperang” dengan Ummi lantaran perangai saya. Suatu hari, Ummi memarahi saya atas sebab yang saya sendiri pun sudah lupa. Hati saya sangat memberontak ketika itu. Saya berasa sangat marah kepada Ummi. Saya merajuk, menaiki tangga untuk ke bilik sambil menghentak-hentakkan kaki semasa menaiki tangga. Bergegar rumah kami yang hanya berlantaikan kayu. Ummi berasa sangat sedih dengan tindakan saya dan saya dapat dengar Ummi mengadu kepada Abah. Di dalam bilik, saya masih menangis teresak-esak. Saya pun tidak pasti adakah saya menangis kerana menyesal atau kerana marah dan tak puas hati. Tiba-tiba, saya terdengar seseorang menaiki tangga. Pintu bilikku diketuk. Abah rupanya. Abah masuk ke bilik saya dan duduk ditepi katil. Saya duduk disebelah Abah tanpa memandang wajah Abah. Dengan lembut, Abah cakap “tak baik buat kat Ummi macam tu”. Hanya sebaris kata-kata lembut dari Abah, memecahkan keegoan saya. Saya tak dapat menahan air mata pada waktu tu. Hati saya dibelenggu rasa bersalah yang teramat sangat. Itulah kali pertama dan terakhir Abah memujuk saya ketika saya menangis bermasalah dengan Ummi..
Suatu malam semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari kelas tahfiz di sekolah, tiba-tiba Abah mengajak saya berhenti makan di sebuah restoran kecil. Saya agak gembira, sebab Abah jarang bawa kami makan di luar. Tapi pada malam tu, hanya saya dan Abah. Semasa makan, Abah membuka mulut memulakan bicara..”Abah tengok Fatimah sekarang selalu cakap kasar dengan Ummi..” Habis sahaja ayat pertama Abah, air mataku mula mengalir. Saya cepat-cepat menyapunya supaya Abah tak perasan dan supaya air mata saya tidak menitik kedalam pinggan mee goreng yang sedang saya jamah. Pada masa tu saya faham kenapa Abah mengajak saya keluar makan. Banyak nasihat Abah pada malam tu. Tapi saya hanya mampu menitiskan air mata tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata. Sungguh hikmah kata-kata Abah, sungguh hikmah cara Abah. Saya akur yang aku agak kurang menjaga hati Ummi sewaktu remaja..Ummi, mungkin masih belum terlambat untuk saya minta maaf kepada Abah dan terutamanya kepada Ummi, atas kedegilan saya sewaktu remaja.. Mungkin Abah tak tahu, dua kali Abah memujuk saya, saya amat-amat menghargai waktu tersebut. Sampai sekarang saya akan menangis terharu dengan Abah. Hanya dua kali, tetapi kesannya masih saya rasa sampai sekarang. Cara yang saya tak pernah terfikir akan dilakukan oleh seorang ayah yang tegas, dan tidak banyak bicara. Hati anak manakah yang tidak terharu... Sekarang, saya selalu terfikir, alangkah bagus kalau Abah gunakan cara sama untuk adik saya yang sedang remaja yang perangainya agak sama dengan saya. Saya nampak jiwa adik saya terseksa merentasi alam remajanya, sama seperti saya dulu..
Abah, terima kasih kerana memberikan pengajaran berguna dalam hidup ini. Mungkin anakmu ini tak mampu meluahkan rasa hati melalui kata-kata. Saya pun tidak pasti samada Abah akan baca tulisan ini atau tak. Tapi, semua yang saya tulis kali ini adalah seikhlas-ikhlas dari hati seorang anak yang sangat menyayangi ayahnya. Tak pelah, saya tak dapat berbual-bual dengan Abah seperti kebanyakan org lain, sekurang-kurangnya saya tahu, Abah sangat sayangkan saya.. Saya tak mampu meneruskan tulisan ini. lagi..hati saya sebak ketika ini..air mata tak mampu saya bendung lagi... Abah, anakmu ingin sangat mengatakan yang Saya sangat sayang Abah..
Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau
hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku,jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta
rahmat-Mu……….
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Bersambung...
1. Wherever You Are
2. Salaam
3. Without You
4. You Came To Me (English)
5. Give The Young A Chance
6. Trials of Life
7. Worry Ends
8. Fragile World
9. In Every Tear, He Is There
10. Make Me Strong
11. No Word Is Worthy
12. Healing
13. You Came To Me (Arabic)
14. You Came To Me (Turkish)
15. You Came To Me (Farsi)
Download link:
http://jumbofiles.com/clih1hq9p6id
http://www.sendspace.com/file/ag3ac5
http://www.zshare.ne...110001f449c820/
http://www.MegaShare.com/2699090
http://ifile.it/s58zqb9
http://depositfiles....files/74jlgldk8
http://oron.com/kkry...ou_Are.rar.html
http://rapidshare.co...er..You_Are.rar
http://www.fileflyer.com/view/R0nO7B9
http://www.megaupload.com/?d=NEPNJ5JW
p/s: some links may not work..happy trying and downloading..& happy listening :)
Labels: music