Sharing Momment ; pengalaman dapat adik baru...

on Monday, May 19, 2008

Alhamdulillah..

Setelah 11 tahun, saya diberi peluang oleh Allah untuk merasai lagi nikmat mendapat adik baru. Asma' Abd Aziz, itulah nama yang telah desepakati oleh kami sekeluarga, hasil syura (bukan demokrasi atau dictator).

Saya terkenang kembali saat Abah nak daftar nama baru adik. Pagi-pagi lagi Abah keluar dr rumah dengan niat nak daftar nama adik "Asiyah" walaupun ramai adik-beradik x setuju. Cubaan pertama gagal lantaran lupa bawa surat nikah (lama dah kan x timang anak, sampai lupa procedure). Abah balik semula ke rumah n mencari-cari surat nikah yg mmg dah x tau ada kat mana. Bawah katil, bawah bantal, belakang almari, dalam almari, bawah almari, habis di selongkar dan alhamdulillah, jumpalah jugak surat nikah lusuh dan kuning yg dibuat pada kurun 1984. Abah pun bergegas semula ke Pejabat Pendaftaran Negara. Dalam hati Abah cuma ada "Asiyah..Asiyah..Asiyah". Abah ambik nombor giliran dan menunggu nombor dipanggil. Dengan harapan cubaan kedua menjadi kenyataan, Abah tunjukkan surat nikah. Rupa-rupanya surat nikah tahun 1984 dah tak diterima (surat format lama, org dah x pakai dah). Abah siap kene gi jumpa pegawai lagi, dan bila disemak,mmg comfirm, tahun 1984 masih gunakan surat nikah format lama. Abah diminta balik dan bawa surat beranak anak sebelum. Balik lah Abah dengan frustnya..Abah balik dan menceritakan segalanya pada kami kat rumah. Ummi tiba-tiba bersuara "dah tu ore lain gano?" Abah pun jawab, "ore lain muda-muda blako buleh anok. Kito nikoh lama dah". Aku dan adik-adik lain ketawa sakan dengar jawapan Abah. Emm..Last skali, Abah dah putus asa dgn nama Asiyah, dan kami bersetuju dengan plan asal, "Asma'".

Abah, 49, dan Ummi, 47. Pada usia 47, Ummi selamat melahirkan cahaya mata baru selepas 11 tahun berehat.. Satu kegembiraan yang sukar utk saya ungkapkan dengan kata-kata. Saya tahu, ramai kawan-kawan yang jeles..Itulah rezeki dari Allah. Kegembiraan saya mendapat adik pada usia 21 tahun tak kurang hebatnya Ummi dan Abah mendapat anak pada usia 47 dan 49 tahun. Saya dapat rasakan betapa gembira dan bahagianya mendapat cahaya mata. Betapa besar harapan Abah & Ummi untuk anak-anak. Penat dan lelah x pernah dipeduli. Ummi sampai tak sempat nak menjamah nasi, tak sempat nak bersihkan diri, tak sempat nak tidur, kerana menjaga n menyusukan adik asma'. Kesian kat ummi. Bila tengok keadaan ummi, saya yakin, begitulah juga keadaan ibu-ibu lain di luar sana. Kadang-kadang menitis air mata bila memikirkan apakah sumbangan saya kat Ummi sehingga hari ini???




Teringat saya akan kata-kata seorang sahabat yang paling dekat di hati saya, "Saat kita dilahirkan, kita menangis, tapi org lain gembira.. Semoga saat kita mati, kita gembira,tapi org lain menangis dgn pemergian kita".. Semoga kita menjadi anak yang soleh, pemberi syafaat kepada ibu & ayah kita kelak.."Ya Allah..Ampunkan dosaku & dosa kedua ibu bapaku..& kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani ku sejak kecil lagi.." AMEEN…