Seorang wanita, dengan kecantikan yang kau miliki, ternyata lebih cantik dari matahari. Dengan akhlakmu, lebih harum dari minyak wangi. Dengan tawadhu'mu, lebih tinggi dari purnama. Dan dengan cintamu, kau lebih segar dari rintik gerimis. Oleh kerana itu, peliharalah kecantikanmu dengan keimanan, keredhaan dengan kepuasan,dan kehormatanmu dengan hijab yang menutup aurat.
Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas atau perak, tetapi dua rakaat sebelum subuh, dahagamu di tengah hari yang panas kerana berpuasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah, airmata taubat, sujud panjang di atas hamparan sejadah,dan malu kepada Allah kepada Allah ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan.
Jadikanlah taqwa itu bak pakaianmu, nescaya kau akan menjadi wanita tercantik di dunia,meskipun pakainmu bertampal. Jadikanlah rasa malu sebagai pembalut tubuhmu, nescaya kau menjadi wanita yang paling anggun di dunia meskipun kau tidak berkasut..
Kelantan pertama lancar kelab Jaringan IT Prihatin
-
*SEMINAR* Pengurusan dan Pentadbiran JSU-JIT Negeri Kelantan itu memberikan
kefahaman ICT terkini dan bidang tugas kepada Penyelaras IT Dun.
8 years ago
0 comments:
Post a Comment