Sanggupkah anda berkorban demi cinta? Mungkin terlalu umum soklan ana, sekali lagi ana tanya, sanggupkah anda berkorban demi CINTA atau demi cinta? "CINTA" dan "cinta",sama tapi x serupa, serupa tapi x sama..apakah bezanya..tepuklah dada, tanyalah iman...
Semalam, mata ana terlekat sejenak kat satu cerita cina lama, "the bride with white hair"(betul ke tajuknya). Ana dah tengok cite ni masa kecik2 dulu,tp ms tu x penah terfikir apa..alhamdulillah semalam bila ana tgk, hati ana sebak.knapa sebak?
Semalam..
Seorang pemuda yg amat handal dlm wusyu ditugaskan menjadi ketua utk operasi menghapuskan kumpulan pengamal syaitan. Tapi pemuda tersebut telah jatuh cinta kepada seorang anak asuhan pengamal syaitan tersebut. Ternyata cinta pemuda tersebut pada perempuan tersebut lebih kuat berbanding cintanya kepada kumpulan wusyu lalu dia berhasrat meninggalkan kumpulan wusyu dah ingin hdp bersama perempuan tersebut.Em, memamglah dia hero, tapi x semesestinya apa yang hero buat tu betul..tinggalkan operasi menghapuskan kemungkaran kerana seorang perempuan.."macam best" Tapi memanglah sebab dia cina kan, "akidah" pun x kuat..em,bila tgk cite ni, ana tringat kan sesuatu...
10 thn lepas..
Aku terbaca dalam sebuah majalah, pada zaman dahulu, seorang panglima perang yang hebat imannya, tangkas bermain senjata menyertai satu peperangan. Semasa sedang berkumpul untuk bersiap-siap menuju ke medan jihad, dia terlihat seorang gadis jelita di tepi jendela. Lantas dia berlari ke padang pasir dan menangis sambil berguling-guling menyesali perbuatanya, menangis sesungguh hati meminta ampunan dari Allah sambil berkata..
Namun Tak Pula Aku Tak Sanggup Ke Nerakamu
Ampunkan Dosaku Terimalah Taubatku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-Dosa Besar
Sebaknya hati ana semalam. Ana tak mahu menuding jari pada org lain, ana yang mengaku kononnya sebagai pejuang Islam, bersihkah hati ana?mantapkah iman ana?Byk dah g program, buat program,tp ikhlaskah ana? layakkah kemenangan untuk Islam selagi hati ini penuh dgn dosa2? Adakah ana berkorban demi CINTA atau demi cinta?Ya Allah..ampunkan dosaku...
0 comments:
Post a Comment